Top 10 Baju Kurung Murah
For This Season - 2017
In this article, we have picked out a list of 10 different designs and styles that are to die for. These 10 bajukurung murah are suitable for almost any occasion. They are also reasonably priced and quite affordable. We hope that you like our pick as much as we do!
To get more information, just click on the images and you'll be presented more details about each of the styles listed.
No. 1 - Peace Collections Fashion Modern Baju Kurung Wear (RM75)

Baju Kurung ranggi ini menarik perhatian dengan penggunaan corak dan warna yang menarik. Corak hitam dan putih pada skirt dan separuh daripada baju memberikannya aura yang ceria dan vibrant manakala warna hitam di separuh lagi baju mengimbangkan keseluruhan gaya ini dengan aura yang dark dan cool. Apabila digabungkan bersama, mereka menghasilkan satu harmoni yang menawan di samping membantu pemakainya tampak lebih ramping. Satu ciri lain pada baju ini adalah ianya diperbuat daripada kain lycra, sejenis kain yang sejuk, sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia.
No. 2 - Cotton & Silk - Baju Kurung Pahang - A4(Black) (RM64.30)

Bagi yang memakai Baju Kurung setiap hari, anda pasti akan tertarik dengan Kurung Pahang ini. Ianya mudah untuk digayakan, susah kedut dan sangat senang dijaga. Ini akan memudahkan anda di pejabat, kelas atau acara yang memerlukan anda untuk bergerak bebas. Fabrik yang digunakan adalah polysoft yang berkualiti tinggi yang sangat lembut pada kulit. Coraknya yang berlawanan di kain dan baju juga sangat sesuai bersama, memberikan ia gaya yang sangat unik.
No. 3 - PH Fashion Frances Baju Kurung (Peach) (RM49)

Every girl needs all the sparkles that she can get dan Baju Kurung Frances ini akan memberikan semua sparkle yang anda perlukan. Apabila terkena cahaya, baju ini akan berkilauan kerana ianya dipenuhi dengan corak Filigree yang berkilau. Ia juga datang dengan tali pinggang bermanik yang akan memberi spotlight kepada kerampingan pinggan anda. Gabungan tali pinggang dan kain ikan duyung ini pula akan memberikan bayangan yang lebih kurus kepada pemakainya. Jika anda ingin bersinar bagaikan permata, inilah pakaian yang paling sesuai!
No. 4 - Muslimah BajuKurung Magenta (RM69)

Satu lagi Kurung Lycra dalam senarai ini! Pakaian ini memfokuskan kepada kesederhanaan, menggunakan potongan A-linie yang tidak akan melekap pada badan tetapi masih jatuh di atas badan dengan cantik. Untuk membuatkan anda tidak tenggelam dengan warna Magenta yang terang ini, rekaan ini menggunakan skirt hitam untuk memberikan keseimbangan. Kombinasi ini juga memberikan contrast yang cantik kepadanya. Fabrik untuk lengan dan kolar menggunakan fabrik yang sama dengan skirt untuk mengelakkan pakaian ini nampak terlalu kosong.
No. 5 - Cotton & Silk Baju Kurung - Sofia Green (RM50)

Jika anda tidak menggemari aktiviti menggosok pakaian dan sangat sukakan rekaan yang mudah, Baju Kurung Sofia ini sesuai untuk anda. Ianya diperbuat daripada fabrik polyester yang tidak memerlukan banyak tenaga untuk diseterika dan sangat mudah untuk dijaga. Corak yang tidak rumit pada baju ini memberikannya sentuhan yang comel tetapi masih lagi kelihatan professional untuk dipakai di pejabat atau tempat formal yang lain. Ini adalah tambahan yang bagus untuk almari anda kerana ianya adalah pakaian yang sempurna untuk dipakai setiap hari atau tempat yang memerlukan anda kelihatan cantik.
No. 6 - PH Fashion Laila Baju Kurung (Blue) (RM72)

Baju Kurung kali ini memfokuskan kepadan rekaan yang ringkas dan penggunaan fabrik yang bijak untuk membuatkan rekaan ini menyerlah di antara rekaan pakaian yang lain. Ini adalah baju kurung moden yang biasa dengan potongan yang menonjolkan potongan badan anda tetapi masih lagi cukup longgar untuk membuatkannya sopan dan lebih sesuai dengan gaya timur. Skirt yang digunakan adalah skirt dengan potongan ikan duyung yang diperbuat dengan fabric yang sama dengan bajunya. Untuk mencantikkan keseluruhan gaya, panel lace diletakkan pada hujung lengan dan baju.
No. 7 - Zolace Show Them - Baju Kurung Moden (RM99)

Menggabungkan moden dan tradisional adalah berisiko tetapi ianya juga boleh mencipta satu karya agung yang cantik. Ini terbukti dengan rekaan ini dimana ia menggabungkan elemen moden pada Kurung tradisional ini. Hasilnya adalah satu pakaian yang cantik dan elegan ini. Untuk bajunya, dua potongan lace diletakkan dibahagian bahu ke pinggang untuk menghasilkan ilusi optic yang membuatkan anda kelihatan lebih slim dan memberikan faktor unik kepada rekaan ini. Rekaan ringkas ini sangat sesuai untuk acara yang memerlukan anda kelihatan cantik dan formal
No. 8 - Peace Fashion Modern Baju Kurung Wear (RM65)

Satu lagi rekaan yang menggunakan ilusi optik untuk menjadikan pemakainya tampak lebih kurus! Untuk mengelakkan Baju Kurung ini terlalu kosong dan ringkas, fabrik denngan corak bunga hitam dan putih diletakkan di setiap sisi bahu dan pada hujung lengan. Corak ini memberi penghabisan yang kemas pada rekaan ini dan pada masa yang sama menonjolkan potongan yang cantik padanya. Ianya juga dibuat dengan kain kapas yang menyerap peluh. Bagi wanita yang menyusukan anak, ianya juga didatangkan dengan zip di sisi untuk memudahkan anda.
No. 9 - Baju Kurung Moden - Cotton (RM70.70)
Pencinta baju kurung kapas pasti akan tertarik dengan rekaan ini. Baju Kurung berpotongan langsing diperbuat daripada kain kapas berkualiti tinggi ini mampu menyerap haba dan menjadikannya sesuai untuk cuaca Malaysia.Walaupun dengan potongannya yang moden, corak tenunan pada hujung lengan memberikannya ciri ciri klasik dan evergreen. Hasil dari menggunakan fabrik yang berasaskan kapas, ianya lebih mudah untuk dijaga, menjadikannya sesuai untuk pakaian harian.
No. 10 - PH Fashion Dorra Baju Kurung (Grey) (RM84)

Para ibu sering menghadapi kesukaran untuk mencari pakaian yang berfesyen dan praktikal namun baju kurung Dorra ini sememangnya praktikal dan mempunyai rekaan yang baik. Ianya peplum dengan belahan yang menyerupai rekaan kebaya tradisional. Bahagian atas bajunya dibuat daripada lace merah jambu dan bawahnya menggunakan fabric yang lebih ringkas.Baju kurung Dorra ini bukan sahaja mudah untuk menyusu,rekaannya memudahkan pemakainya untuk berwudhuk menjadikannya penambahan yang bijak.