Collection: Baju Kurung Riau
Pakaian adalah perkara asas dan penting di dalam kehidupan seseorang yang bertujuan untuk melindunginya dari panas dan sejuk. Di dalam masyarakat Melayu, fungsi utama pakaian adalah untuk menutup aurat mengikut hukum agama Islam yang dianuti oleh masyarakat Melayu ini. Selain itu, ia juga berfungsi untuk melindungi kulit dari cuaca panas atau sejuk dan keadaan sekeliling. Sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu, kaum wanita di sini hanya berkemban dan cara pemakaian ini pula dianggap sebagai pakaian wanita Melayu yang tertua dan terawal. Walaupun berkemban dianggap tidak sopan, tetapi pada helaian ketiga pemakaian ini dipakaikan pada bahagian bahu untuk menutup anggota badan yang terdedah. Kedatangan agama Islam bukan sahaja telah menukar cara dan nilai agama pada orang Melayu, bahkan telah menukar cara mereka berpakaian kepada memakai baju yang lebih menutup keseluruhan anggota badan dan dilihat lebih sempurna
Setelah kedatangan Islam ke Tanah Melayu, masyarakat Melayu mula mencari identiti mereka dalam berpakaian terutama sekali wanita yang memakai pakaian dan aksesori kepala mengikut kelas lapisan masyarakat. Mengikut kajian terdahulu, baju kurung telah wujud lebih dari dari 600 tahun terdahulu. Pakaian ini menjadi kebanggan dan warisan masyarakat Melayu sejak abad ke 15 pada pemerintahan Kesultanan Melaka. Baju Kurung ini juga terdapat beberapa jenis variasi mengikut negeri di Tanah Melayu antaranya Baju Kurung Teluk Belanga, Baju Kurung Cekak Musang dan Baju Riau Pahang.Antara baju yang jarang didengar dari dulu adalah Baju Riau Pahang. Ini kemungkinan baju tersebut hanya dipakai oleh golongan yang tertentu sahaja. Zubaidah Shawal (1994) berpendapat baju ini hanya boleh didapati di istana-istana dan pada golongan bangsawan sahaja. Asal-usul Baju Riau Pahang ini juga masih belum dikenal pasti sehingga ke hari ini walaupun ada pendapat yang mengatakan ia kemungkinan berasal dari Pahang atau Johor Riau. Pakaian ini juga dikatakan diperkenalkan pada awal kurun ke -20 tetapi ini juga tiada bukti kukuh untuk disokong kesahihannya.Sesetengah masyarakat menyebut Baju Riau Pahang sebagai Baju Belah atau Baju Kebaya Turki. Ada juga berpendapat bahawa Baju Riau Pahang ini adalah adunan dari Baju Kurung Cekak Musang dan Baju Kebaya Labuh. Menurut cerita, pakaian ini telah diilhamkan oleh Tengku Ampuan Mariam iaitu puteri kepada Sultan Ahmad Al Muazzam Shah (Sultan Pahang 1). Ikatan perkahwinan Tengku Ampuan Mariam dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Sultan Terengganu ke XIII) di mana ikatan perkahwinan ini menjadi salah satu sebab mengapa Baju Riau Pahang hanya boleh didapati di kedua-dua negeri tersebut sahaja. Pemakaian baju ini juga tidak meluas ke negeri lain seperti mana Baju Kurung Kekek yang rata-rata dipakai oleh wanita Melayu seluruh Nusantara.Walaupun terdapat banyak kajian dan penyelidikan mengenai pemakaian orang Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu tetapi tidak ramai pengkaji yang memberi fokus kepada Baju Riau Pahang itu sendiri. Ini adalah mungkin disebabkan pemakaian ini hanya dikhaskan kepada golongan istana dan tertentu sahaja, tidak seperti Baju Kurung lain yang dipakai oleh segenap lapisan masyarakat di Tanah Melayu dari dulu hingga kini. Asal usul busana Melayu ini juga masih menjadi tanda tanya kerana tiada catatan yang sahih tentang kedatangan busana ini ke Tanah Melayu.Di antara berjenis baju tradisional orang Melayu, Baju Riau Pahang adalah yang paling rumit pembuatannya dan istimewa dari segi potongannya. Ia melibatkan potongan kekek dan pesak yang memerlukan tukang jahit yang mahir untuk memotong dan mencantumnya. Jika diteliti kepada cara pembuatan Baju Riau Pahang ini, ia tidak dapat ditiru oleh mana-mana tukang potong jikalau hanya dipandang sekilas pandang. Baju ini juga dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang mengikut pangkat dan kedudukan di dalam istana ( Busana Melayu –Zubaidah Shawal –1994). Selain itu material yang digunakan juga amat sukar didapati kerana ia hanya digunakan oleh sekelompok masyarakat sahaja terutama golongan istana dan bangsawan.
Sejarah Disebalik Baju Kurung Riau

Baju Kurung Riau pula menyingkap pertalian sejarah antara kedua negeri Riau dan Pahang. Walaupun Riau dan Pahang adalah dua buah negeri yang berjauhan, perhubungan politik dan sosial budaya yang terjalin sewaktu zaman kerajaan Melayu Melaka terserlah dengan terciptanya potongan pakaian ini yang juga dikenali sebagai Baju Belah atau Baju Kebaya Turki. Berbeza dengan pesak baju kurung, kedua-dua bahagian tepi Baju Kurung Riau Pahang berpesak kembang yang disambungkan kekek gantung. Baju berkolar tinggi ini amat menarik sekali dipakai dengan tujuh atau sembilan butir butang.
Evolusi fashion saat ini semakin cepat untuk menyesuaikan dengan perubahan trend tahun 2021, dan selalu menjadi pilihan wanita karena berbagai gaya baru menambahkan sedikit sentuhan modern. Dengan setiap revolusi yang berubah, identitas asli fashion seperti Baju Kurung Pahang telah terjaga. Baju Kurung Pahang tidak pernah ditelan waktu dan masih trendi di pejabat atau tempat kerja dan acara-acara di Hari Raya.
Baju Kurung Pahang waktu kini masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Dengan memperagakan gaya yang kelihatan simple tetapi elegan. Selain itu, diperbuat daripada pelbagai jenis kain yang dapat memberi keselesaan kepada si pemakai dan pengguna.
Ciri - Ciri Baju Kurung Riau

Dari pandangan kajian yang dijalankan telah melibatkan tiga aspek perubahan kepada rupa bentuk dan potongan di dalam evolusi Baju Riau Pahang ini seperti berikut:
- Potongan baju asal adalah longgar dan mengikut syarak di dalam pemakaian baju. Faktor bahawa kaum wanita Melayu pada masa itu yang menitikberatkan tatasusila, adat dan budaya berpakaian cara orang Melayu amat diambil kira.
- Potongan yang telah di evolusi sekarang mengikut kehendak pasaran di Malaysia, pakaian ini telah diubah sedikit dari segi tiada lagi kocek digunakan sebagai fungsi utama pakaian ini. Kocek pada asasnya digunakan oleh kaum wanita sebagai tempat menyimpan duit atau sapu tangan. Kini kocek itu seolah-olah tiada fungsi lagi apabila kaum wanita sekarang lebih suka membawa tas tangan
- Potongan pada pesak juga telah diubah pada bahagian hadapan di mana potongan asasnya pesak bercantum pada bahagian belakang dan tiada potongan pada bahagian hadapan. Sekarang potongan hadapan dan belakang adalah sama dan ia sedikit sebanyak telah mengubah rupa bentuk pakaian itu sendiri. Ini secara tidak langsung Baju Riau Pahang kini lebih mengikut rupa bentuk susuk badan di pemakai.
Fungsi Baju Kurung Riau

Pada zaman dahulu baju kurung digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis-majlis rasmi dan majlis agama. Di Malaysia, secara amnya seluruh kaum wanita melayu memakai baju kurung sebagai pakaian tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan menengah. Namun baju kurung yang menjadi pakaian rasmi sekolah ini hanya berbeza dari segi rekabentuk dan potongan mengikut negeri masing-masing.
Selain itu, baju kurung juga berfungsi sebagai pakaian pelengkap perkahwinan. Jahitan baju kurung diketengahkan dalam penghasilan baju pengantin. Hal ini boleh menaikkan lagi fungsi baju kurung supaya tidak terus lapuk dek perubahan arus globalisasi.
Seterusnya baju kurung juga berfungsi untuk majlis kesyukuran ataupun untuk majlis-majlis agama. Baju kurung ini dipakai oleh kaum wanita sebagai langkah untuk menutup aurat ketika berada di tempat umum. Ia juga sebagai tanda menghormati majlis-majlis tertentu.
Disamping itu juga, baju kurung juga dipakai sewaktu upacara pengebumian atau kematian. Ia dipakai bagi menghormati keluarga dan si mati serta untuk menjaga adab ketika berada ditempat yang suram seperti itu.
Terdapat Pengaruh Islam Dalam Reka Bentuk Baju Kurung Riau
Setidaknya ada tujuh jenis kain yang digunakan oleh wanita istana: Songket, Terepuk, Pelangi, Suji/Tekat, Serasa, Taffeta dan cindai. Semua jenis kain tersebut menggunakan bahan yang mewah dan kain import seperti tenun taffeta di Istanbul dan linen dari India, dengan proses dan teknik seperti bordir (tecat, suji), tenun (shindai) dan menyungkit.(Songket), Pelepuk (Telepuk) , Ikat Celup (Pelangi). Pandangan yang disuarakan oleh oleh Raja Fauziah Raja Tun Uda yang telah bekerja di Istanbul selama beberapa tahun berpendapat bahawa Baju Riau Pahang mirip pakaian orang Turki dahulukala.
Sultan Abu Bakar iaitu Sultan Johor kerap berkunjung ke Turki untuk bercuti selama berbulan bulan lamanya. Mungkin kerana tertarik dengan keindahan pakaian orang Turki, maka unsur unsur pakaian Turki itu diambil dan diserapkan ke dalam pakaian kerabat diraja Johor. Kunjungan kerabat diraja Johor ke Turki bukan sahaja bermula dari era Sultan Abu Bakar, bahkan semenjak Raja Riau-Lingga yang berkunjung ke sana pada tahun 1825.
Baju Pahang menyerupai baju formal wanita Melayu yang lain iaitu berbentuk seperti leher baju kurung cekak musang tetapi bajunya terbelah di hadapan dari leher hingga ke kaki baju. -Bahagian hadapan baju di kancing dengan butang sejumlah lima, tujuh atau sembilan butir.
Pada masa dahulu, butang yang digunakan ialah butang baju Melayu lelaki tetapi sekarang baju ini telah digubah dengan menggunakan pelbagi jenis butang yang terdapat di pasaran.
Contoh Variasi Baju Kurung Riau Masa Kini

Penutup
Kesimpulannya, walaupun terdapat banyak kajian dan penyelidikan mengenai pemakaian orang Melayu tetapi tidak ramai pengkaji yang memberi fokus kepada Baju Riau Pahang itu sendiri. Ini adalah mungkin disebabkan pemakaian ini hanya dikhaskan kepada golongan istana dan tertentu sahaja, tidak seperti Baju Kurung lain yang dipakai oleh segenap lapisan masyarakat di Tanah Melayu dari dulu hingga kini. Asal usul busana Melayu ini juga masih menjadi tanda tanya kerana tiada catatan yang sahih tentang kedatangan busana ini ke Tanah Melayu.
Terdapat juga kebarangkalian yang cukup kuat apabila pembuktian yang Islam sudah bertapak di kepulauan Melayu atau Nusantara se-awal abad ke 7 Maschi lagi, bila pendakwah Islam yang berasal dari Arab telah menetap di bandar-bandar dan pelabuhan utama dan mewujudkan keluarga-keluarga Arab yang kemudian berkahwin dengan anak-anak pemerintah dan mendirikan kerajaan Islam di kawasan tersebut.
Dengan kedatangan Islam ia bukan sahaja telah membawa satu kepercayaan baru kepada penduduk di situ malah telah turut mempengaruhi budaya orang Melayu nusantara yang pakaian Islam berlandaskan jubah yang menjadi dasar atau asas kepada cetusan pemikiran pemerintah untuk mewujudkan satu cara berpakaian menurut kedudukan dan pengaruh pemerintah di situ.
Penerimaan Islam juga menimbulkan reaksi positif terhadap perubahan pakaian penduduk di situ. Yang paling mirip kepada baju jubah dari segi potongan penggunaan fabrik, menjurus kepada Baju Kurung Pahang. Sekiranya kajian ini dijalankan dengan lebih mendalam dan saintifik, Baju Kurung Pahang boleh dianggap baju Melayu pertama yang wujud di Nusantara setelah kedatangan Islam.